penasihat

penasihat
AF Ustaz Ahmad bin Arun

PERSATUAN ANAK YATIM DAN MISKIN ALMUNIRAH

PERSATUAN ANAK YATIM DAN MISKIN ALMUNIRAH
Haji Faisal b Yeslam

PENASIHAT

PENASIHAT
Ust Dasuki Abd Rani

PENGERUSI

PENGERUSI
Tn Hj Mohd Termizi bin Ismail

Muqaddimah

Misi Kemanusiaan ke Ghaza, Palestin

Tuesday, August 16, 2011

Assalamualaikum. Alhamdulillah, berkat usaha dan rezeki yang didermakan oleh masyarakat sekeliling, munirah care telah menganjurkan misi kemanusiaan ke palestin. bermula pada malam tadi telah berlepas pengerusi munirahcare iaitu tuan haji mohd termizi ismail bersama anak beliau dan beberapa wakil sukarelawan yang lain ke ghaza. sama2 kita memohon keselamatan mereka pergi dan balik. moga segalanya bernilai ibadah dan mendapat ganjaran disisi allah s.w.t. kepada sahabat2 yang ingin membuat sebarang pertanyaan berkaitan munirahcare, boleh hubungi pejabat:
03 33243069
03 33246090
03 33247758






 bersama angkasawan negara yang turut hadir
 keluarga tuan pengerusi

Rakan-rakan Persatuan Kebajikan Anakyatim Al-Munirah

sambutan majlis berbuka puasa di almunirah

Monday, August 8, 2011

pada 7 ogos 2011.. Dewan Almunirah telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama penaja. tergambar Keceriaan di wajah adik-adik..

selamat menyambut ramadhan almubarak

Sunday, July 31, 2011


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya:
  1. Dari Abi Hurairah beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
    “Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”
    Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
  2. Daripada Abu Hurairah berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
    “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”
    Hadith riwayat oleh Nasai’e, Ibn Majah dan Baihaqi
  3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang ertinya :
    “Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.”
    Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai’e dan Baihaqi
  4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
    “Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
    Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah.”
    Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi
  5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
    “Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
    Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. ”
    Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Jadual Muhasabah Sempena Syaaban dan Ramadhan

Friday, July 8, 2011

salam ukhwah..

Alhamdulillah, MunirahCare cuba untuk memberi kemudahan walaupun tidak seberapa. Moga kedatangan bulan Syaaban membawa persediaan menghadapi bulan Ramadhan..moga kita dipertemukan..


Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);


Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-);

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi);

"Pikat remaja ke masjid"

Wednesday, June 29, 2011

kita semua kena fikirkan akan perkara ini, bukan sahaja AJK Surau, Imam-imam atau Ustaz-ustaz tetapi seluruh umat harus memikirkan akan perkara yang penting ini. Kerana apa ianya penting? Kerana sumbangan belia bertakwa penting bantu kejayaan, pencapaian ummah sepanjang zaman. Janganlah kita hanya aktif beribadat pada bulan Ramadhan sahaja. Agama Islam bukanlah agama yang bermusim macam musim EPL. Amal dan Ibadah adalah berterusan hingga ke hari kiamat.


GENERASI muda, remaja atau belia ialah kelompok yang aktif dalam semua perkara. Mereka suka bertanya, mencuba, tidak serik dengan peristiwa, cenderung lasak, sukakan cabaran, gemar memperaga diri, sukakan hiburan, mahu berkawan malah suka bercinta.
Inilah perkembangan naluri dan fitrah generasi muda dalam proses membentuk diri menuju kematangan dan masuk ke alam dewasa. Sebagai pemuda Islam, tidak salah bakat yang baik dikembangkan.
Potensi yang dimiliki boleh membangunkan diri, masyarakat dan negara, tetapi ia juga boleh merosakkan diri, meruntuhkan masyarakat dan negara. Isu utama ialah bagaimana potensi itu digilap dan disuburkan secara fitrah serta bakat diguna secara bermanfaat.
Islam meletakkan generasi muda pada kedudukan mulia dan hal ini berbeza berbanding pada zaman sebelum kedatangan Islam. Jika dalam masyarakat Arab jahiliah, bangsawan Quraisy membentuk belia mereka dengan latar belakang kemewahan dan hidup berfoya-foya, tetapi sejurus selepas terpancar nur Ilahi ke dalam masyarakat Arab, acuan itu mula dicorakkan kepada konteks lebih luas, global, punya nilai dan beradab.
Corak remaja atau belia pada zaman itu terbentuk melalui kesan tarbiah rohaniah dan jasmaniah yang dipimpin melalui pendekatan wahyu iaitu melalui cara hidup Islam. Budaya atau cara hidup bersandarkan reda Allah wujud pada diri pemuda ketika itu.


Ini menyebabkan mereka tidak saja memiliki pedoman dan dorongan terbaik untuk memandu jalan hidup, tetapi budaya reda Allah itu membentuk kedewasaan remaja yang akhirnya menjadikan mereka taat serta patuh terhadap perintah Allah dan sentiasa mengelak melakukan apa dilarang.
Al-Quran dan al-sunnah sarat dengan contoh generasi pemuda yang diiktiraf berjaya di sisi Allah. Kisah anak muda dalam surah al-Kahfi ialah pengiktirafan yang dinyatakan secara jelas oleh Allah kerana mereka beriman dan mempertahankan sifat takwa walaupun berdepan pemerintah zalim. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka ialah pemuda beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan Kami tambah kepada mereka petunjuk.” (Surah al-Kahfi: 13)
Allah juga memasukkan belia dan remaja yang menghabiskan masa mengabdikan diri kepada Allah dalam kegiatan hidupnya sebagai manusia yang dimasukkan ke dalam golongan mendapat perlindungan lembayung payung Allah di Padang Mahsyar kelak.
Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya, pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pemuda memiliki beberapa kelebihan berbanding orang tua untuk menunaikan tanggungjawab agama sama ada melaksanakan perintah atau menjauhkan larangan antaranya mempunyai banyak masa lapang, belum sibuk dengan kerja lain, mempunyai tenaga dan kekuatan fizikal, mempunyai kecerdasan akal fikiran, mempunyai daya ingatan yang kuat, jarang ditimpa penyakit dan mudah mendapat pertolongan serta memberi bantuan kepada orang lain.
Pada ketika mempunyai kelebihan dan keistimewaan inilah pemuda perlu merebut peluang menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum lima perkara: muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.”


Pemuda pada awal Islam menjadi tonggak dakwah dan ejen pembangunan dalam membina kekuatan. Nama seperti Mus’ab Umair, Usamah Zaid, Ali Abi Talib, dan Bilal Rabah, membuktikan kepada generasi berikutnya bahawa remaja tonggak kekuatan ummah pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.
Rasulullah SAW berpesan supaya ummah memberikan perhatian kepada mendidik dan menjaga belia dalam sabda Baginda bermaksud: “Aku berpesan kepada kamu supaya memberi perhatian kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka lembut. Allah mengutuskan aku membawa agama hanif lalu pemuda menyokong aku sedangkan orang tua menentang aku.”
Justeru, dalam beramal, pemuda dianjurkan sentiasa mengambil peluang melaksanakan ibadat tanpa perlu bertangguh kerana usaha meningkatkan takwa dalam hidup bukan bermusim. Firman Allah bermaksud: “Dan dirikan oleh kamu sembahyang dan tunaikan zakat, dan apa juga yang kamu dulukan daripada kebajikan untuk diri kamu, tentu kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.” (Surah al-Baqarah: 110)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Rasulullah SAW juga pernah melahirkan perasaan takjubnya kepada pemuda yang sentiasa bersungguh-sungguh menjunjung nilai takwa dalam kehidupannya dan bukan bersikap seperti kebudak-budakan. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak memiliki sifat kebudak-budakan.”
Ketika hayatnya, Baginda SAW selalu berpesan kepada belia dan remaja supaya memperlihatkan sifat matang, sesuai dengan kekuatan fizikal sehingga dapat dibezakan dengan golongan tua. Lantaran itu, ketika usia Baginda menginjak ke angka 40, terjadi peristiwa kenabian pada waktu yang dianggap sempurnanya kematangan umur dewasa. Ketika itu, kebanyakan pendukung kuatnya ialah pemuda.


Saidina Abu Bakar, tua tiga tahun daripada umur Baginda, Saidina Umar pula berusia 27 tahun ketika memeluk Islam, Saidina Othman lebih muda daripada Baginda dan Saidina Ali jauh lebih muda daripada sahabat lain.
Begitu juga sahabat yang terkenal sebagai pendamping dakwah yang dibawa Baginda SAW seperti Abdullah Mas’ud, Said Zaid, Abdul Rahman Auf, Bilal dan Musab Umair yang berusia muda. Nama seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufian, malah Abu Talib yang tidak menerima dakwah Baginda SAW ialah kalangan generasi tua.
Harapan Islam kepada generasi muda, remaja atau belia amat tinggi, justeru pengiktirafan ini mesti dibuktikan melalui tindakan dan realiti, bukan sekadar retorik atau omong kosong. Benar dan tepat kecintaan Allah kepada mereka yang suka bersedekah, tetapi Allah lebih cinta generasi muda yang bersedekah, Allah juga mencintai mereka yang beramal, tetapi Allah lebih mencintai generasi muda beramal. Allah mengasihi orang beribadat, tetapi Allah lebih mengasihi pemuda yang beribadah.
Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.
Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.


Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya).”
Oleh itu saya nak tanya anda satu soalan…
“Di mana remaja dalam hal ini?”
Jika anda seorang remaja, luahkan pendapat anda disini. Jika anda seorang bapa, muhasabah diri dan tanya soalan ini kepada anak-anak anda. Tanggungjawab saya, anda dan semua cukup besar sebagai umat Muhammad s.a.w. yakni Umat Akhir Zaman.
Waallahua’lam bis’showab.== 
http://www.facebook.com/topic.php?topic=10383&uid=172760470243

Video kuliah oleh Penasihat Munirah Care (ust Ahmad Dasuki)

Saturday, May 21, 2011

Persembahan Nasyid Anak Orang Asal Memukau Penonton

Sunday, February 27, 2011

Taman Johan Setia 26.02.2011 - Program Kenali Jiran anjuran bersama Munirah Care, Masjid Al Hidayah, JKKK Johan Setia dan MPK Kelang telah mendapat sambutan luar biasa dari penduduk setempat.

Pada kesempatan ini Pengerusi Munirah Care Tuan Haji Termiszi Ismail telah mengambil kesempatan untuk menerangkan aktiviti yang sedang dan akan dijalankan oleh Munirah Care, Maahad Tahfiz Al Munirah dan juga Rumah Anak-Anak Yatim & Miskin Al Munirah.

Beliau memberitahu dalam jangka masa 2 bulan dari sekarang sebuah dewan serbaguna Al Munirah akan siap sepenuhnya dan boleh digunakan.

Dewan ini menempatkan sebuah dewan sembahyang yang boleh memuatkan 400 jemaah, sebuah dewan serbaguna yang boleh menampung sekitar 500 orang dan sebuah gelanggang badminton.

Keseluruhan Dewan ini dilengkapi dengan sistem audio yang canggih yang disponsor oleh seoran Hamba Allah dan seluruh dewan dilengkapi dengan sistem hawa dingin.

Pengerusi Munirah Care, Tn Hj Termizi juga menyeru agar penduduk setempat menggunakan seluruh kemudahan yang disediakan oleh pihak pentadbir Al Munirah.

Sebelum itu Ketua Kampung dan Nazir Masjid jug diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan ringkas.


Paling menarik dalam majlis kali ini selain penyampaian yang oleh penceramah utama Ustaz Subki dari UPM yang menggantikan Ustaz Ustaz Roslan Mohamed yang tidak dapat hadir kerana mengalami demam kuat ialah persembahan Nashid oleh dua kumpulan jemputan.

Kedua-dua kumpulan yang membuat pesembahan ialah kumpulan nasyid dari Sekolah Orang Asli Bukit Komandol dan Kumpulan Nasyid pelajar Mahad Tahfiz Al Munirah.

Ketika menyampaikan persembahan tersebut Anak-Anak Orang Asal yang menyampaikan lagu sepohon kayu telah memukau ratusan hadirin yang hadir kerana suara yang mantap dan pesembahan yang betenaga. Ketika habis pesembahan tepukan gemuruh telah diberikan oleh setiap hadirin yang hadir.




Yang paling menyentuh hati dan perasaan hadirin ketika kumpulan ini menyampaikan lagu ialah bila diberitahu oleh pengerusi Majlis AF Ustaz Khusari bin Abdullah juga bekas anak orang asal dari Serawak dari suku kaum Iban (yang dulunya merupakan seorang machinery Kristian) ialah latar belakang mereka sebelum persembahan dimana hanya 4 orang anak sahaja yang beragama Islam, manakala yang lainl masih belum beragama.

Anda juga boleh menilai dan melihat sendiri betapa manis dan berseri nya muka anak-anak bila memakai tudung walau pun mereka bukan anak-anak yang beragama Islam.

Selain itu ibu bapa mereka juga berkorban menyediakan pakaian khas pada malam tadi. Sebagai sukarelawan Munirah Care penulis berkeyakinan bahawa ibu bapa pelajar orang asal ini juga sudah tentu gembira dengan pencapaian dan penerimaan kita terhadap persembahan anak-anak mereka.

Kerana itu penulis berharap agar lebih ramai lagi pihak Masjid, Surau dan NGO mengambil kumpulan Nasyid ini untuk membuat persembahan selain terus mendekati mereka sebagai satu usaha dakwah.

Munirah care ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Nazri yang merupa guru dan pengurus kumpulan Nayid ini.

Walau pun kumpulan Nasyid Anak Orang Asal sangat baik namun pesembahan Nasyid oleh Pelajar Maahad Tahfiz Al Munirah juga boleh dikira baik juga.

Namun dalam masa yang sama pihak pentadbir dan pengurus Maahad kena lebih bersedia apabila ingin membuat persembahan pada sesuatu majlis kerana kesilapan kecil dan susun atur yang lambat dan tidak tersusun boleh mencacatkan perjalanan majlis.



Candid sepanjang program oleh juru kamera kami Tuan Haji Bahaudin (Setiausaha Masjid Al Rahimiyyah, Klang). Terima kasih Tuan Haji.








Jom turun ramai-ramai

Saturday, February 26, 2011


Malam ini bertempat di Dataran Munirah Care, Taman Johan Setia akan berlangsung program Munirah Care iaitu "Kenali Jiran" anda.

Moderator kita pada malam ini ialah Al Fadhil Ustaz Roslan Mohamed dari Pusat Pengajian Islam Universiti Malaya.

Diharap semua penduduk berhampiran dapat hadir bersama-sama pada program yang sangat bagus ini dengan membawa bersama keluarga masing-masing.

Pidato Adik Ustaz Umar Al Farouk

Saturday, January 15, 2011