penasihat

penasihat
AF Ustaz Ahmad bin Arun

PERSATUAN ANAK YATIM DAN MISKIN ALMUNIRAH

PERSATUAN ANAK YATIM DAN MISKIN ALMUNIRAH
Haji Faisal b Yeslam

PENASIHAT

PENASIHAT
Ust Dasuki Abd Rani

PENGERUSI

PENGERUSI
Tn Hj Mohd Termizi bin Ismail

Muqaddimah

Ceramah Maal Hijrah

Saturday, December 18, 2010











Program Sulung "Kenali Jiran Anda" oleh Munirah Care

Monday, December 6, 2010

Alhamdulillah program sulung Munirah Care iaitu jenali jiran anda - muafakat membawa berkat telah selamat berlansung di Pejabat PPTS Taman Setia.

Walau pun cuaca pada malam itu dituruni hujan namun kehadiran peserta amat menggalakkan lebih-lebih lagi dikalngan wanita.

 Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Setia memberi ucapan alu-aluan
 Ucapan oleh Pengerusi munirah care
 Sessi Taklimat Munirah Care oleh Tuan Pengerusi sendiri
 Pengerusi Majlis Ustaz Muhammad Khusairi Abdullah
Pak Imam
Antara hadirin yg hadir

Turut kelihatan Dr. Affendi dan Ketua Kampung Johan Setia



Tidak ketinggalan peserta wanita India juga turut hadir

 Terima kasih kepada PPTS kerana menyediakan jamuan pada malam tersebut

Sessi taklimat Munirah Care

Satu Taklimat tentang program-program Munirah Care telah dilangsung di Pejabat Munirah Care kepada Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Penduduk Taman Setia.

Sessi Taklimat tersebut dibuat sendiri oleh Pengerusi Munirah Care, manakala AJK Persatuan Penduduk yang hadir ialah En Adam (Pengerusi), Cikgu Shafiee (Timb. Pengerusi), En Arzahari (Setiausaha) dan En Azli (Penolong Setiausaha)










Setelah berakhir taklimat tersebut PPTS bersetuju menganjurkan program kenali jiran anda anjuran Munirah care di Taman Setia pada 30 Nov 2010.

Jadilah Sukarelawan Munirah Care

Pengurusan Munirah Care menjemput tuan puan agar menjadi Sukarelawan Munirah Care sebagai satu sumbangan diatas rasa insaf dan kesederan diri betapa beruntungnya kita disisi Allah berbanding mereka yang masih memerlukan bantuan.

Sila download borang, isi dan kembali kan ke Munirah Care ... kerjasama anda kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


borang sukarelawan.pdfborang sukarelawan.pdf
124K   View   Download  

Catatan misi Munirah Care ke Bangladesh

Saturday, November 27, 2010

Catatan misi ke Bangladesh pada 19 Nov 2010 hingga 22 Nov 2010

1. Ketiga-tiga ahli rombongan yang diketuai oleh Tn Hj Termizi berkumpul di Pejabat Munirah Care dan sempat bergambar bersama sebelum betolak ke LCCT.

2. Penerbangan jam 2.00 ptg, berada didalam ruang menunggu untuk penerbangan meriah sebab semua berada didalam nya boleh berbahasa Malaysia.

3. Berbicara dengan Hapiz Mohad Alam (Managing Director Rose Heaven (M) Trading Bhd yang duduk berhampiran kerusi kami, Beliau sudah 20 tahun di Malaysia kahwin dengan orang Melayu, baru dapat IC Merah kini mengendalikan beberapa perniagaan seperti mini market dan cleaning servies di Johor, kaya dia ni. Melayu ramai yang masih miskin sebab malas berusaha dan kerja kuat.

 4. Jumpa rombongan tabliq dari Johor lebih kurang 6 orang, keluar dakwah 40 hari kata mereka.


 Pemandangan dari udara bandaraya Dhaka

 5. Sampai Dhaka Airport 4.00 pm waktu tempatan ( waktu Malaysia 6.00ptg). Ketika mengisi borang imigrasion macam kat Malaysia lagi ramai lah pulak orang Bangla yang cakap Melayu minta ajar cara isi borang.

6. Seperti dijanjikan seorang teman sekampung saya Major Zamri Sani dari TUDM yang sedang berkursus di Dhaka menunggu kami disana (untung jugak ada FB dapat saya chat dengan semua orang). selain itu wakil Munirah Care di Bangladesh Sdr Nazrul juga tiba dalam waktu yang sama. Selepas berbual kami berpisah kerana kami perlu bertolak ke lokasi sejauh 230km yang mengambil masa antara 5 hingga 7 jam.
 Penulis bertemu rakan sekampung Mejor (U) Zamri Zani yang menunggu kami di Airport. Agak lama tidak bertemu rupanya sudah hampir setahun berkursus di bangladesh.
 7. Keluar saja dari Airport, kita yang tidak biasa dengan cara pemanduan kereta disana boleh pening kepala, Massa Allah.

8. Setelah solat maghrib di Dhaka kami meneruskan perjanan ke Ulla Para Siraj Gonj, sejauh 230km dari Dhaka. Disepanjang jalanraya kesana kenderaan awam bas merupakan king of the road. Nisbah antara kereta dengan bas ialah 3 : 10. Kami tiba ditempat penginapan kira-kira selepas 5 jam perjanan yang amat mengerikan, apakan tidak nya pemandu kami tu memang dahsyat cara pemanduan, kalau di Malaysia dia memandu sebegini dan lama maut dah. Yang membuatkami tidak boleh tidur sepanjang perjalanan tersebut entah berapa ratus kali horn dibunyikan.

9. Kami tidur disebuah rumah yang disewa berhampiran pekan kecil Ullaparasiraj. Jam 8 pagi kami meneruskan perjanan untuk mencari sarapan pagi. Kami menaiki beca dan untuk seumur hidup inilah kali pertama penulis menaiki beca.
 Inilah tempat bermalam kami.


Tengoklah mulut aktivis Munirah Care Sdr Shamsul yang berkerut, manakala Tn Hj Termizi nampak rileks sahaja, apakan tidahnya sebelum missi ini pun beliau telah 3 kali datang ke Bangladesh.

10. Kami tiba dipekan Ullapara setelah 10 minit menaiki beca tersebut.


11. Kami kesini untuk sarapan pagi, dan alhamdulillah, sedap nampaknya mereka makan capati dengan dal Bangla

12. Sempat pulak Pengerusi Munirah Care bergambar dengan Pakcik ni yang membawa 2 ekor ikan


13. Aktivitis Munirah Care En Nazrul tawar menawar untuk mendapatkan tut-tut untuk pergi kekampung Vhatbera.
14. Kami menaiki tut-tut untuk ke kekampung Vhatbera. Driver yang kami memberitahu bahawa beliau pernah bertugas di Sg Buloh selama 5 tahun dan duit yang dikumpulnya dapat membeli sebuah tut-tut berharga RM15000 tunai.

15. Dalam perjanan tiba-tiba tut-tut yang dinaiki oleh hj Termizi dan Nazrul mati enginenya .... ah mereka check rupa-rupanya gas habis.


 Termenung Hj Termizi bila diberitahu gas habis


Setelah driver berbincang dengan Nazrul dan seseorang terdapat sebuat tut-tut yang menghantar kami menuju destinasi.

16. Kami sampai kedestinasi dan untuk sampai keperkampungan tersebut sekali lagi kami terpaksa menaiki 2 buah beca. Dalam perjanan tersebut iaitu diatas batas ladang kentang, kami amat ngeri lantas turun saje berjalan kaki.

17. Kami sampai ke Madrasah kira-kira jam 10.00 pagi waktu tempatan. Seramai kira-kira 156 orang kanak-kanak sedang bertalaqi Al Quran yang diajar oleh seorang guru yang dibayar sebanayk RM150.00 yang ditaja oleh Munirah Care.

 Masih daif dan perlukan bantuan dari kita semua, lantai surau / madrasah ini hanya beralaskan guni, moga ada insan mulia yang sudi menghulurkan bantuan untuk membeli tiles.




 Pengerusi Munirah Care menyampaikan sumbangan tiles kepada Imam Madrasah.


 Memberi sumbangan kepada anak-anak fakir miskin, sumbangan insan mulia dai Malaysia





Memasang plag 'Munirah Care' didinding Madrasah

18. Dalam ucapannya pada majlis ini yang diterjemahkan oleh Sdr Nazrul, Hj Termizi memberitahu majlis ini diadakan bukanlah untuk tujuan menunjuk-nunjuk tetapi ianya penting untuk menunjukkan intergriti kepada pendema dan penyumbang Munirah Care untuk missi ini.

Selain itu menurut Hj Termizi gambar-gambar yang diambil bila disiarkan akan mendapat lebih simpati dari penderma-penderma yang lain.

Beliau juga menyeru agar para ibu bapa mesti mendidik anak-anak mereka dengan Al Quran, disamping solat berjemaah jangan ditinggalkan.

Selain itu Hj Termizi juga membacakan sepotong ayat Al Quran bahawa setiap yang hidup pasti akan mati, oleh itu persediaan kearah tersebut mesti dibuat. Beliau seterusnya membaca hadith Nabi yang apabila menunggal anak Adam hanya 3 perkara yang ditinggalkan ia itu ilmu yang bermanafaat, sedekah jariah, dan anak soleh yang mendoakan apabila kita telah mati. Dengan yang demikian ibu bapa kan mendapat kebaikkan diakhirat kelak.

Selain itu Hj Termizi juga mengingatkan agar semua orang mesti menggunakan masa sebaik mungkin untuk Allah Subhanawatala.



19. Setelah selesai rombongan kami terus ketempat penyembelihan lembu Korban dan jugak Aqiqah. Sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kambing akan diqurban dikampung ini hasil pemberiaan jemaah dari Malaysia. Terima kasih pada semua yang berkorban di Bangladesh pada kali ini.

Macam VVIP mana pergi mesti ramai yang ikut

 Lembu ni sungguh jinak, tidak seperti lembu Qurban di Malaysia yang mat garang semacam aje.


 Tuan Pengerusi menyembelih lembu Qurban

 Mengagihkan sumbangan beras dan daging kepada 360 orang fakir miskin dikampung Vhatbera Ullapara Siraj Gonj.

 Longgokan beras untuk pengagihan ini ada sumbangan yang dikutip oleh Munirah Care, sumbanga Fidyah ganti puasa dan sebagainya.

WOW !!!! kari Bangla memag sedap dimasak pulak guna kayu api, memang ori






 Tengok alat pemotong daging, agak pelik kan (arang Perak kata macam kukor nyor), bersyukur pada Allah dan terima kasih kepada yang berkorban, daging diperolehi dari 3 ekor lembu tersebut ialah 440 kilo dimana 360 kilo diagihkan manakala 80 kilo dimasak untuk kenduri pada hari tersebut.





Gamabar diatas ini menunjukkan betapa sukanya mereka bergambar dengan pengerusi Munirah Care.

20. Selepas mengerjakan solat zuhor, majlis kenduri pun diadakan, sungguh ramai orang kampung yang hadir.



 

 Ehem sedapnya ... jangan terkejut mereka memang kuat makan, dibandingkan dengan kita ialah nasi dan lauk yang mereka makan tu sesuai untuk orang ditempat kita.


21. Setelah selesai menjamah makanan kami melihat kampung serta tanaman yang diusahan oleh penduduk kampung. Pada ketika ini di Bangladesh ialah musim sejuk sebelum tiba pula musim banjir. Tanaman mereka ketika ini ialah potato.
 Kawan shamsul bercerita ni adalah  graduan universiti yang masih menganggor kerana tiada kerja.

 Apa Tn Hj buat tu tanyalah dia sendiri



22. Kira-kira jam 4.30 petang kami bertolak untuk pulang ke Dhaka, perpisahan begitu memedihkan lebih-lebih lagi dengan layanan yang diberikan kepaa kami.




Kepulangan kami dihantar oleh para penduduk kampung termasuk ketua kampung. mereka jugalah yang membawa beg kami dalam perjanan sejauh 2 km menuju kejalan raya.

BERSAMBUNG ........