penasihat

penasihat
AF Ustaz Ahmad bin Arun

PERSATUAN ANAK YATIM DAN MISKIN ALMUNIRAH

PERSATUAN ANAK YATIM DAN MISKIN ALMUNIRAH
Haji Faisal b Yeslam

PENASIHAT

PENASIHAT
Ust Dasuki Abd Rani

PENGERUSI

PENGERUSI
Tn Hj Mohd Termizi bin Ismail

Muqaddimah

Munirah Care " Missi Kemanusian Tanpa Sempadan"

Saturday, October 23, 2010


MUQADDIMAH

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM

Syukur di atas segala nikmat yang dikurniakan serta rahmat Allah s.w.t. Al-Munirah dapat terus melangkah menuju misi dan visi yang telah disepakati bersama, yang dizahirkan dengan  pelbagai usaha bagi menjaga dan meningkatkan lagi martabat Al-Munirah sebagai badan bukan kerajaaan (NGO) yang aktif berperanan membantu masyarakat.

Setelah hampir sempurna dari segi insfrastruktur yang dicadangkan, Al-Munirah terus melangkah dengan perancangan-perancangan baru yang mantap dengan merancang satu program dinamakan sebagai “MUNIRAH CARE”.

Dalam membangunkan masyarakat terdapat pelbagai kelemahan telah dikenalpasti antaranya ialah, kelemahan dari segi jalinan ukhwah yang mana disebabkan dengan kelemahan ini masyarakat tidak ada kekuatan untuk bangkit apabila jatuh ditimpa sesuatu masalah dan dugaan.

MUNIRAH CARE sebagai penyelesaiannya. Aspek yang amat dititik beratkan dalam program ini terhadap masyarakat ialah ISLAH, yang mana Islah ini membawa maksud memperbaiki keadaan sesama muslim. Pemulihan terhadap aspek ini insya-Allah akan mewujudkan kekuatan rohani yang sempurna dalam masyarakat.

Doa dan harapan merupakan kekuatan bagi kami dalam setiap perkara yang akan dilakukan. Semoga perancangn yang disertai usaha kami akan disempurnakan oleh Allah s.w.t hendaknya, lancar dan terus berjaya.

PENGENALAN

MUNIRAH CARE merupakan satu program yang berkonsepkan Islah dan dakwah yang berperanan sebagai pembantu masyarakat. MUNIRAH CARE juga merupakan  satu badan NGO yang aktif dalam menjaga kepentingan masyarakat sama ada dari segi akhlak,ekonomi dan sosial.

A.   MISI

Menjadi Sebuah Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) Yang Amanah Dan Berkeupayaan Untuk MelaksanakanTanggungjawab Sebagai Masyarakat Prihatin Kepada Golongan Yang Memerlukan.

B.    VISI

1.     Mengumpulkan Dana dan Pelbagai Bentuk Bantuan Dari Semua Lapisan            Masyarakat.

2.     Menghulurkan bantuan Kemanusiaan Dan Perlindungan Melewati Batasan Sempadan Tanpa Mengira Warna Kulit, Bahasa Atau Budaya


C.    Motto MUNIRAH CARE

Misi Kemanusiaan Tampa Sempadan ( Borderless Aid )

D.    Latarbelakang

Munirah Care Adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan Maupun Politik ( NGO )

E.    Fokus

Kebajikan, Kemasyarakatan dan Dakwah.

F.     Tanggungjawab MUNIRAH CARE

Tanggungjawab utama kami adalah untuk menyuburkan kesedaran Orang ramai untuk menyumbang dan menderma kepada Dana Munirah Care bagi disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

G.      Objektif MUNIRAH CARE

I.    Menyediakan penempatan dan memberikan perlindungan serta bantuan bekalan makanan kepada sesiapa sahaja yang mengalami musibah dan kemelaratan hidup.

II.    Memberi latihan dan menyediakan program pendidikan sebagai usaha membangunkan masyarakat untuk tempoh jangka panjang.

III.    Menjalankan aktiviti kearah pembentukan insan yang bersahsiah diri tanpa mengira batasan geografi, kaum dan baudaya.

IV.    Menggalakkan penglibatan generasi muda dalam melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan


H.    Nilai Mulia MUNIRAH CARE ( Core Value )

·         Islam adalah Rujukan utama

·         Mendokong Integriti serta senantiasa Amanah dan tulus ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab.

·         Memupuk semangat profesionalisme yang Progresif, Inovatif dan Proaktif dalam menghulurkan bantuan kepada manusia sejagat.

·         Mendokong Falsafah Kerja berkumpulan dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada Badan Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO ) ataupun Organisasi Korporat yang mendokong usaha ini.

·         Sentiasa berusaha untuk memajukan masyarakat dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

I.      SUMBER KEWANGAN

Tabung dan Dana Munirah Care akan diperolehi dari sumbangan Ahli-ahli, Penyokong-penyokong, hasil dari jualan buku-buku, Pamplet, pita-pita rakaman atau sumbangan perseorangan dan institusi dari mana-mana badan termasuk kerajaan dan syarikat selagi ia diberikan tanpa sebarang syarat.

J.     PRODUK YANG DISEDIAKAN OLEH MUNIRAH CARE

Antara produk/ perkhidmatan yang disediakan ialah:

1.    Program Motivasi Kepimpinan dan Kecemerlangan Diri

·         Modul Membina Pengurusan Diri

·         Modul Mukmin Profesional

2.    Program Amal Islami

3.    Program kebajikan/kemasyarakatan

4.    Program dakwah (in/out door)

AHLI JAWATANKUASA

  • Penasihat                              Ybhg AF Ust. Hj Ahmad Dasuki Abd Rani

  • Pengerusi                             Ybhg Hj.Mohd Termizi Bin Ismail

  • T/Pengerusi                          Ybhg Sdra Faizal Bin Yeslam

  • Ketua Facilitator                   Ybhg Ustz Zahid Hamzah

  • Facilitator
  •  Ybhg Dr Mohd Afendi bin Mat Rani 
  •  Ybhg Dr Arif bin Kosmo
  • Ybhg AF Ust Hj Ahmad Dasuki Abd Rani 
  • Ybhg Tn Hj Hashim bin Hj Salleh 
  • Ybhg AF Ust Nik Bakri Nik Mat 
  • Ybhg AF Ust Mohammad Khusairi bin Abdullah 
  • Ybhg Ustazah Hajjah Asiah Ali

  • Penyelaras Program     
  • Sdra Mohd Razif bin Maslan 
  • Sdra Shamsul Bharin bin Hassan

  • Audio Visual       
  • Sdra Mohd Hapiz bin Zakaria 
  • Sdra Mahmud bin Mastam 
  • Sdra Shamsul Bharin bin Hassan

    • IT & Weblog   
    • Sdra Mohd Razif bin Maslan

    K.    SENARAI KEMUDAHAN

    Ø  Pejabat yang beralamat :

    N0.7, Jalan Mulia/KS8,
    Taman Setia,  Kg. Johan Setia,
    41200 Klang,
    Selangor Darul Ehsan

    Tel : 03 3324 3069, 03 3324 7758

    Fax : 03-3324 3069, 03-3324 0906

    Weblog : http://al-munirahcare.blogspot.com/

    Ø  Peralatan pejabat

    Ø  Kemudahan kenderaan

    Ø  Kemudahan lain yang difikirkan sesuai.

    Ø  No Akaun bank 12010010086896 atas nama MUNIRAH CARE (Bank Islam Malaysia Berhad )

    PENUTUP

    Semoga kebajikan melalui program yang telah dirancang ini dapat dijalankan dengan baik. Kerjasama daripada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak amatlah diharapkan.
    Akhir kata, semoga usaha bersama akan mendapat berkat dan disempurnakan oleh Allah s.w.t. hendaknya Insya Allah.

    Ibadah Qurban

    Tuesday, October 19, 2010

    Maksud qurban ialah binatang ternakan tertentu iaitu kambing, lembu, kerbau, dan unta yang disembelih pada hari Raya Haji atau pada hari-hari Tasyrik dengan maksud beribadat dan bertaqarrub kepada Allah s.w.t.

    Amalan qurban menjadi sebaik-baik ibadat sunat pada Hari Raya Aidul Adha sebagaimana dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Sebaik-baik amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji ialah menyembelih qurban, sesungguhnya binatang qurban yang telah disembelihkan itu pada hari kiamat kelak akan dibangkitkan dengan tanduk-tanduk, bulu-bulu, dan kuku-kukunya (yakni lengkap dan sempurna anggotanya) sesungguhnya darah yang mengalir dari sembelihan qurban itu mendapat penghargaan dari Allah dengan diredhainya dan diterimanya sebelum ia menitis ke tanah”. (Riwayat Tarmizi dan Al-Hakim).

    Selain itu dalam sebuah hadith lagi dinyatakan “Barangsiapa yang memiliki kemampuan (untuk membeli haiwan qurban), lalu tidak melakukannya( tidak berkorban), maka janganlah mendekati tempat solatku.”(Hadis Riwayat Ahmad).

    Ibadah qurban juga dinyatakan di dalam Quran sebagaimana firman Allah ta’ala yang bermaksud: “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” . (Surah Al-Kauthar ayat 2).

    Dalam berbicara tentang isu kepenggunaan, kita sering berbicara tentang konsep “value for money”. Perancangan perbelanjaan RM1 dengan nilai belanja RM 2, 3 dan seterusnya…

    Pasti dalam melaksanakan ibadah qurban, persoalan yang sama juga wujud dalam diri kita, bagaimanakah ibadah qurbah yang kita jalankan boleh mendapat pahala yang paling optimum atau menepati “value for qurban” melipat gandakan ganjaran Allah swt.

    Dinukilkan di sini petikan dalam buku “Fii Fiqh Al-Awlawiyyat” (Fiqh Keutamaan Berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Sunnah) mukasurat 19 karangan Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi, tercatat kata-kata Bisyr Al-Hafi:
    “Kalau kamu Muslimin mahu memahami serta memiliki keimanan yang sebenar, dan mengetahui makna kefahaman terhadap perkerjaan yang perlu diutamakan, maka dia akan merasakan kebahagiaan yang lebih besar dan suasana kerohanian yang lebih kuat, setiap kali dia dapat mengalihkan dana ibadah haji (bagi orang yang mengerjakan haji lebih beberapa kali) untuk memelihara anak-anak yatim, memberi makan mereka yang kelaparan, memberi tempat perlindungan orang-orang yang terlantar, mengubati mereka yang sakit, mendidik orang-orang yang lemah di bidang pelajarannya, atau memberi peluang pekerjaan kepada para penganggur”.
    Dapat dirumuskan, dalam memberikan pertimbangan tentang sesuatu urusan, haruslah mendahulukan kepentingan yang besar berbanding kepentingan yang kecil. Oleh itu, dalam melaksanakan ibadah qurban, memberi daging qurban kepada mereka yang lebih berkemampuan jauh lebih utama bagi kita.

    Dalam hadith-hadith ada dinyatakan “seseorang yang berusaha (pendapatannya dibelanjakan) ke atas janda dan yang melarat (papa dan miskin) mereka adalah pejuang di jalan Allah”. Selain itu, baginda juga bersabda “Barangsiapa yang membantu orang yang berjihad di jalan Allah, maka dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berjihad tersebut”.

    Untuk maklumat Munirah Care juga ada menyediakan kemudahan untuk tuan puan menyertai Ibadah Qurban di Negara yang paras kemiskinan penduduk Islam nya amat tinggi iaitu di Bangladesh. Hanya RM 300.00 untuk 1 bahagian lembu. Keterangan lanjut dan downloads borang  klik sini

    Misi bantuan Munirah Care ke Bangladesh

    Thursday, October 14, 2010


    Munirah Care merupakan sebuah NGO yang bernaung dibawah Persatuan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah (No Pendaftran ROS 991) yang berada di Kampung Johan Setia Klang.

    Kami telah mengorak langkah untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan, kemasyarakatan dan dakwah. Misi terbaru kami kali ini ialah dengan menghantar 3 orang wakil Munirah Care iaitu :-
    1. Tn Hj Mohd Termizi b Ismail  (Chairman MunirahCare)
    2. Mohd Razif b Maslan (Coordinator)
    3. Shamsul Bharin b Hassan (Coordinator)
    ke kawasan pendalaman di Ulla Para Siraj Gonj, Bangladesh.

    Misi ini akan bermula pada 19 Nov 2010 hingga 22 Nov 2010. Bagi tujuan tersebut kami berharap tuan/puan dapat menyokong misi dunia tanpa sempadan ini dengan menyertai program yang kami sediakan iaitu,
    1. Penyertaan Ibadah Qurban dan Aqiqah dimana satu bahagian bersamaan RM300.00
    2. Penyertaan Fidyah Ganti Puasa dimana jumlah satu hari bersamaan RM2.00
    Munirah Care meletakkan sasaran untuk mengumpul dana bagi membantu memberi sumbangan kepada kira-kira 500 orang fakir miskin disana. Untuk itu kami merayu agar pihak tuan puan dapat menghulukan bantuan kepada yang memerlukan ini.

    Untuk makluman pihak Munirah Care setakat ini telah menaja seorang guru agama sejak lebih 5 tahun yang lalu disebuah kampung pendalaman di Ulla Para Siraj Gonj bagi mengajar Al Quran kepada kira-kira 100 orang pelajar. Selain Al Quran para pelajar juga diajar fardhu ain oleh guru agama tersebut disebuah Madrasah yang telah diwakafkan pembangunannya dibiayai sepenuhnya oleh Munirah Care.

    Kejayaan membuka Madrasah ini telah membuka mata penduduk setempat dan atas kesedaran agama seorang Hamba Allah telah menyatakan berhasrat untuk untuk mewakafkan sebidang tanah kira-kira 5 km dari sekolah asal untuk dijadi sebuah Madrasah yang berkonsepkan sama seperti yang telah sedia ada.

    Oleh yang demikian bersesuaian dengan moto kami "Misi Bantuan Tanpa Sempadan @ Borderlass Aid" dan seruan Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah yang berbunyi "Bersama Amal Jariah", maka kami dengan rendah hati merayu kepada semua Hamba Allah untuk bersama-sama dalam misi ini dengan menghulurkan sumbangan Ikhlas kepada Munirah Care.

    Sila penuhkan borang penyertaan Ibadah Qurban/Aqiqah dan kembalikan kepada kami secepat mungkin. Manakala sumbangan yang lain juga oleh dihulurkan melalui bank-bank yang disediakan.

    Selamat menderma. Sila download borang yang disediakan.


    1 attachments — Download all attachments  
    Munirahcare.pdfMunirahcare.pdf
    111K   View   Download