penasihat

penasihat
AF Ustaz Ahmad bin Arun

PERSATUAN ANAK YATIM DAN MISKIN ALMUNIRAH

PERSATUAN ANAK YATIM DAN MISKIN ALMUNIRAH
Haji Faisal b Yeslam

PENASIHAT

PENASIHAT
Ust Dasuki Abd Rani

PENGERUSI

PENGERUSI
Tn Hj Mohd Termizi bin Ismail

Muqaddimah

Missi Kemanusian ke Bangladesh

Thursday, November 18, 2010

Insa Allah bermula esok Jumaat 19 November 2010 @ 12 Zulhijjah 1431H hingga Isnin 22 hb November 2010 @ 15 Zulhijjah 1431H Munirah Care akan meneruskan missi kemanusian ke Bangladesh.

Turut berangkat dalam rombongan ini ialah Pengerusi Munirah Care Tuan Hj Termizi bin Ismail bersama dua orang sukarelawan Munirah Care iaitu Sdr Shamsul Bharin Hassan dan Sdr Mohd Razif bin Maslan.

Pemergian rombongan Munirah Care kali ini adalah bagi;-
  1. Meletakkan batu asas pembinaan sebuah Maahad Tahfiz yang ditaja oleh Munirah Care
  2. Mengerjakan Ibadah Qurban bagi mewakili Rakyat Malaysia yang prihatin
  3. Memberi sumbangan kepada fakir miskin
Menurut Pengerusi Munirah Care Tn Hj Termizi, sambutan rakyat Malaysia yang prihatin atas kesusahan dan kepayahan umat Islam di Bangladesh amat baik sekali. Sumbangan yang diterima untuk diagihkan kesana datang tanpa disangka oleh NGO Munirah Care.

Beliau juga memaklumkan akan memberi sumbangan beras dan sedikit wang saku kepada kira-kira 300 orang fakir miskin disana, manakala perletakan batu asas pembinaan Maahad Tahfiz adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia manakala tapak pula disediakan oleh penduduk Bangladesh yang mewakafkan sebidang tanah untuk tujuan pembinaan tersebut.

Bila Maahad ini siap nanti ianya mampu menampung 400 pelajar yang akan belajar Fardhu Ain dan Tahfiz Al Quran. Kos membiyaai 2 orang guru ini pula ialah sebanyak RM 800.00 sebulan.

Kepada mana-mana rakyat Malaysia yang prihatin boleh menghubungi Tn Hj Termizi ditalian 019-2609273 untuk berbincang secara lebih teliti bagaimana anda boleh menyumbang bagi menjayakan missi Munirah Care bagi membantu rakyat Islam disana mendapat pendidikan ilmu Agama.

Bagi ibadah Qurban pula sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kambing akan di sembelih pada 13 Zulhijjah 1431H nanti iaitu hari tasrik. Majlis akan berlangsung ditapak pemibinaan Maahad Tahfiz yang dimaksudkan.

Terima kasih kepada peserta-peserta Qurban yang menyertaai Ibadah Qurban terdiri daripada :-

Lembu pertama
  1.  Mohd Razif bin Maslan
  2. Shamsul bharin bin Hassan
  3. Abd Mutalib bin Adam
  4. Hj Ismail @ Saime bin Zakaria
  5. Hj Ahmad Nizam bin Malik
  6. Hajjah Husna Tunaini binti Ahmad
  7. Dr Faridah binti Mohammad
Lembu kedua
  1. Tn  Hj Termizi bin Ismail
  2. Hajjah Zaiton binti Dan
  3. Syed Othman bin Syed Mahmod
  4. Syed Abd Malek bin Syed Mustapha
  5. Ahmad Lukman bin Saihani
  6. Nor Afandi bin Mohd Noor
  7. Hj Mohd Ramli bin Mat Rauf
Lembu ketiga
  1. Dr. Naraznawati binti Ismail
  2. Rozana binti Azizan
  3. Rohana binti Ahmad
  4. Habshah binti Hj Said
  5. Hasnah binti Othman
  6. Rahmah binti Arshad
  7. Siti Khadijah bin Nik Mazlan
Kambing
  1. Ahmad Shukri bin Abd Ghani
Terima kasih kepada semua peserta-peserta Qurban untuk kali pertama ini.

    0 comments:

    Post a Comment