Catatan misi ke Bangladesh pada 19 Nov 2010 hingga 22 Nov 2010
1. Ketiga-tiga ahli rombongan yang diketuai oleh Tn Hj Termizi berkumpul di Pejabat Munirah Care dan sempat bergambar bersama sebelum betolak ke LCCT.
2. Penerbangan jam 2.00 ptg, berada didalam ruang menunggu untuk penerbangan meriah sebab semua berada didalam nya boleh berbahasa Malaysia.
3. Berbicara dengan Hapiz Mohad Alam (Managing Director Rose Heaven (M) Trading Bhd yang duduk berhampiran kerusi kami, Beliau sudah 20 tahun di Malaysia kahwin dengan orang Melayu, baru dapat IC Merah kini mengendalikan beberapa perniagaan seperti mini market dan cleaning servies di Johor, kaya dia ni. Melayu ramai yang masih miskin sebab malas berusaha dan kerja kuat.
4. Jumpa rombongan tabliq dari Johor lebih kurang 6 orang, keluar dakwah 40 hari kata mereka.
Pemandangan dari udara bandaraya Dhaka
5. Sampai Dhaka Airport 4.00 pm waktu tempatan ( waktu Malaysia 6.00ptg). Ketika mengisi borang imigrasion macam kat Malaysia lagi ramai lah pulak orang Bangla yang cakap Melayu minta ajar cara isi borang.
6. Seperti dijanjikan seorang teman sekampung saya Major Zamri Sani dari TUDM yang sedang berkursus di Dhaka menunggu kami disana (untung jugak ada FB dapat saya chat dengan semua orang). selain itu wakil Munirah Care di Bangladesh Sdr Nazrul juga tiba dalam waktu yang sama. Selepas berbual kami berpisah kerana kami perlu bertolak ke lokasi sejauh 230km yang mengambil masa antara 5 hingga 7 jam.
Penulis bertemu rakan sekampung Mejor (U) Zamri Zani yang menunggu kami di Airport. Agak lama tidak bertemu rupanya sudah hampir setahun berkursus di bangladesh.
7. Keluar saja dari Airport, kita yang tidak biasa dengan cara pemanduan kereta disana boleh pening kepala, Massa Allah.
8. Setelah solat maghrib di Dhaka kami meneruskan perjanan ke Ulla Para Siraj Gonj, sejauh 230km dari Dhaka. Disepanjang jalanraya kesana kenderaan awam bas merupakan king of the road. Nisbah antara kereta dengan bas ialah 3 : 10. Kami tiba ditempat penginapan kira-kira selepas 5 jam perjanan yang amat mengerikan, apakan tidak nya pemandu kami tu memang dahsyat cara pemanduan, kalau di Malaysia dia memandu sebegini dan lama maut dah. Yang membuatkami tidak boleh tidur sepanjang perjalanan tersebut entah berapa ratus kali horn dibunyikan.
9. Kami tidur disebuah rumah yang disewa berhampiran pekan kecil Ullaparasiraj. Jam 8 pagi kami meneruskan perjanan untuk mencari sarapan pagi. Kami menaiki beca dan untuk seumur hidup inilah kali pertama penulis menaiki beca.
Inilah tempat bermalam kami.
Tengoklah mulut aktivis Munirah Care Sdr Shamsul yang berkerut, manakala Tn Hj Termizi nampak rileks sahaja, apakan tidahnya sebelum missi ini pun beliau telah 3 kali datang ke Bangladesh.
10. Kami tiba dipekan Ullapara setelah 10 minit menaiki beca tersebut.
11. Kami kesini untuk sarapan pagi, dan alhamdulillah, sedap nampaknya mereka makan capati dengan dal Bangla
12. Sempat pulak Pengerusi Munirah Care bergambar dengan Pakcik ni yang membawa 2 ekor ikan
13. Aktivitis Munirah Care En Nazrul tawar menawar untuk mendapatkan tut-tut untuk pergi kekampung Vhatbera.
14. Kami menaiki tut-tut untuk ke kekampung Vhatbera. Driver yang kami memberitahu bahawa beliau pernah bertugas di Sg Buloh selama 5 tahun dan duit yang dikumpulnya dapat membeli sebuah tut-tut berharga RM15000 tunai.
15. Dalam perjanan tiba-tiba tut-tut yang dinaiki oleh hj Termizi dan Nazrul mati enginenya .... ah mereka check rupa-rupanya gas habis.
Termenung Hj Termizi bila diberitahu gas habis
Setelah driver berbincang dengan Nazrul dan seseorang terdapat sebuat tut-tut yang menghantar kami menuju destinasi.
16. Kami sampai kedestinasi dan untuk sampai keperkampungan tersebut sekali lagi kami terpaksa menaiki 2 buah beca. Dalam perjanan tersebut iaitu diatas batas ladang kentang, kami amat ngeri lantas turun saje berjalan kaki.
17. Kami sampai ke Madrasah kira-kira jam 10.00 pagi waktu tempatan. Seramai kira-kira 156 orang kanak-kanak sedang bertalaqi Al Quran yang diajar oleh seorang guru yang dibayar sebanayk RM150.00 yang ditaja oleh Munirah Care.
Masih daif dan perlukan bantuan dari kita semua, lantai surau / madrasah ini hanya beralaskan guni, moga ada insan mulia yang sudi menghulurkan bantuan untuk membeli tiles.
Pengerusi Munirah Care menyampaikan sumbangan tiles kepada Imam Madrasah.
Memberi sumbangan kepada anak-anak fakir miskin, sumbangan insan mulia dai Malaysia
Memasang plag 'Munirah Care' didinding Madrasah
18. Dalam ucapannya pada majlis ini yang diterjemahkan oleh Sdr Nazrul, Hj Termizi memberitahu majlis ini diadakan bukanlah untuk tujuan menunjuk-nunjuk tetapi ianya penting untuk menunjukkan intergriti kepada pendema dan penyumbang Munirah Care untuk missi ini.
Selain itu menurut Hj Termizi gambar-gambar yang diambil bila disiarkan akan mendapat lebih simpati dari penderma-penderma yang lain.
Beliau juga menyeru agar para ibu bapa mesti mendidik anak-anak mereka dengan Al Quran, disamping solat berjemaah jangan ditinggalkan.
Selain itu Hj Termizi juga membacakan sepotong ayat Al Quran bahawa setiap yang hidup pasti akan mati, oleh itu persediaan kearah tersebut mesti dibuat. Beliau seterusnya membaca hadith Nabi yang apabila menunggal anak Adam hanya 3 perkara yang ditinggalkan ia itu ilmu yang bermanafaat, sedekah jariah, dan anak soleh yang mendoakan apabila kita telah mati. Dengan yang demikian ibu bapa kan mendapat kebaikkan diakhirat kelak.
Selain itu Hj Termizi juga mengingatkan agar semua orang mesti menggunakan masa sebaik mungkin untuk Allah Subhanawatala.
19. Setelah selesai rombongan kami terus ketempat penyembelihan lembu Korban dan jugak Aqiqah. Sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kambing akan diqurban dikampung ini hasil pemberiaan jemaah dari Malaysia. Terima kasih pada semua yang berkorban di Bangladesh pada kali ini.
Macam VVIP mana pergi mesti ramai yang ikut
Lembu ni sungguh jinak, tidak seperti lembu Qurban di Malaysia yang mat garang semacam aje.
Tuan Pengerusi menyembelih lembu Qurban
Mengagihkan sumbangan beras dan daging kepada 360 orang fakir miskin dikampung Vhatbera Ullapara Siraj Gonj.
Longgokan beras untuk pengagihan ini ada sumbangan yang dikutip oleh Munirah Care, sumbanga Fidyah ganti puasa dan sebagainya.
WOW !!!! kari Bangla memag sedap dimasak pulak guna kayu api, memang ori
Tengok alat pemotong daging, agak pelik kan (arang Perak kata macam kukor nyor), bersyukur pada Allah dan terima kasih kepada yang berkorban, daging diperolehi dari 3 ekor lembu tersebut ialah 440 kilo dimana 360 kilo diagihkan manakala 80 kilo dimasak untuk kenduri pada hari tersebut.
Gamabar diatas ini menunjukkan betapa sukanya mereka bergambar dengan pengerusi Munirah Care.
20. Selepas mengerjakan solat zuhor, majlis kenduri pun diadakan, sungguh ramai orang kampung yang hadir.
Ehem sedapnya ... jangan terkejut mereka memang kuat makan, dibandingkan dengan kita ialah nasi dan lauk yang mereka makan tu sesuai untuk orang ditempat kita.
21. Setelah selesai menjamah makanan kami melihat kampung serta tanaman yang diusahan oleh penduduk kampung. Pada ketika ini di Bangladesh ialah musim sejuk sebelum tiba pula musim banjir. Tanaman mereka ketika ini ialah potato.
Kawan shamsul bercerita ni adalah graduan universiti yang masih menganggor kerana tiada kerja.
Apa Tn Hj buat tu tanyalah dia sendiri
22. Kira-kira jam 4.30 petang kami bertolak untuk pulang ke Dhaka, perpisahan begitu memedihkan lebih-lebih lagi dengan layanan yang diberikan kepaa kami.
Kepulangan kami dihantar oleh para penduduk kampung termasuk ketua kampung. mereka jugalah yang membawa beg kami dalam perjanan sejauh 2 km menuju kejalan raya.
BERSAMBUNG ........
0 comments:
Post a Comment